Wednesday, November 26, 2008

Apatis? Somnolens? Coma?!

Mataku mulai sengal2 tatkala aku menelaah nota Anak 4. Impuls segera di hantar ke otak, memberikan petanda aku ingin berehat sebentar. Tajuk Nephrotic Syndrome berbaki 5 muka surat sahaja lagi namun ngantukku tidak berdaya ku tanggung lagi. Aku membetulkan posisi di atas katil dengan hanya berbaring di atas sebiji bantal, tanpa bantal peluk serta selimut. Kononnya hanya tidur sebentar. Ku lihat jam di atas meja. Saat itu jarum menunjukkan ke angka 8 dan 4, menandakan malam baru saja berlabuh. Aku terus terlelap.
Aku masih tidur.
Aku bermimpi.
Aku berputar2 di atas katil.
Aku merasai enaknya berimiginasi.
Aku berada di tahap REM Sleep.
Aku terpisat2 bangun. Mataku masih belum bisa dibuka. Aku berusaha melihat jam. 10.15. Dan di luar sudah cerah. Dari celah ruangan udara dapat lu perhatikan garis2 sang suria. Adakah aku koma? Atau molen yg aku telan semalam mengandungi ubat hipnotik dan sedatif golongan benzodiazepine? warghhhhhh!

4 comments:

aliaa said...

kak anje..
bgun2..
smyg subuh..
hehe..^^

anjeradzi said...

huhuhu subuh pn da abeh kol 10pg..
solat dhuha ade la hihi..

WonderMama said...

akak xpercaya dgn statement "tidur sebentar" awak tu...hehehehe

anjeradzi said...

ahaha...ok la tu..blum tdo 2-3 hari ag..hakhak..kire sebentar la tuh...ahaha