"Riz, I keep on repeating the same words...Why don’t U believe me? There’s nothing between us! It’s over! Titik!” nada suara Ika yang tadinya perlahan bertukar menjadi tegas.
“And U keep on repeating the same things, Ika! I told U, yang I tak suka U close with Haziq! Susah sangat ke nak faham?” api kemarahanku mulai meluap.
“We are just friends! Try to understand!” Ika tetap dengan pendiriannya.
“Ika...i’m just like any other ordinary guy...hati sape yang tak pedih melihat girlfriend die bersama dengan orang lain? Ok, I mengaku, I sangat jealous bila nampak both of U together...can u please do me a favour? Selama ni I je yang berkorban, it’s your turn...keep distance with that guy, ok?”
“Don’t talk rubbish, Riz!” Ika berlalu pergi dengan wajah yang jelas terpancar api kemarahan.
Haziq. Pemuda tampan setinggi 6 kaki itu membuatkan emosiku sering sahaja terganggu. Sekembalinya dari England, dia seakan mencari kembali cintanya yang putus di tengah jalan bersama Ika. Kemunculannya benar-benar memberikan dampak yang serius dalam hidupku. Aku berubah menjadi seorang yang pemarah, pendendam, dengan perasaan obsesif yang bergolak dalam jiwaku. Hatiku sering sahaja di buru rasa cemburu acapkali melihat Ika berdampingan dengan Haziq.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Malam itu nenda datang lagi. Membelai rambutku seperti selalu, membuatkanku terasa damai. Dan nenda hanya tersenyum seperti sebelumnya, tetapi kali ini nenda membisikkan sesuatu.
“Riz sayangku, ingatlah...apa yang paling kita inginkan, itulah yang paling susah untuk berada dalam genggaman. Namun, ia tak bermakna kita tidak perlu berusaha,dan setiap usaha itu harus disertai dengan keikhlasan dan pengorbanan. Rela berkorban demi kebahagiaan orang lain adalah jauh lebih murni dari hanya mementingkan diri sendiri…” Seusai berbicara, nenda berlalu pergi tanpa sempat ku berikan lambaian terakhir.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
“Come on la Riz...both of U dah 2 tahun together...tak kan lah kau tak percaya pada Ika?” Aiman memulakan bicara selepas suasana sepi berlanjutan hampir 10 minit.
“Hey dude, U don’t know anything...Haziq is Ika’s ex-boyfriend. Diorang dah couple since form 4! Try to imagine, how long they have been together...and I believe, Ika still loves him...dan aku pulak hadir dalam hidupnya tak lama after they broke up…”
“Ok Riz...this is my opinion la...up to you nak ikut atau tak...If U are really had fall in love with her, kau kene blajar untuk adapt dengan this situation. Maybe it’s true that they are just friends. And I’m sure it’s nothing between them. Kau kene terima hakikat, dan blajar berkorban...and another one might be hurted U...If Ika betul2 sayangkan kau, of course she’ll listen to you...and U’ve told her so many times ’bout this, and it seems like she didn’t care...I think she won’t care whether kau ada atau tak...in the simplest way, both of U weren’t meant to be together...but, papepun...semuanye in your hand…”
Aku menghela nafas yang panjang. Jauh di sudut sanubariku jelas menyatakan bahawa Ika sangat menyintaiku. Namun, hanya keadaan dan takdir yang menentukan segalanya. Ku hirup sekali lagi hot cappuccino, sambil mataku meliar memandang sekeliling. Tidak semena-mena, mataku tertacap pada dua susuk tubuh yang amat ku kenali yang sedang melewati Starbucks. Dengan air di cawanku yang masih bersisa, aku bangun meninggalkan Aiman yang masih dalam keadaan terpinga-pinga.
“Ika!!!” Launganku cukup untuk memenuhi satu bangunan The Mall.
Ika mematikan langkah. Kakinya bagai terpaku ke bumi. Dengan langkah penuh kejantanan, aku meluru ke arah Haziq. Tanpa mempedulikan persekitaran, aku menghadiahi suatu tumbukan padu pada pipi Haziq. Lantas, ku capai lengan Ika dan mencengkam sekuat hati lalu membawanya pergi. Haziq hanya mampu memandang sambil tangannya menyapu darah yang masih mengalir di bibirnya.
Aku puas. Hatiku melonjak kegirangan. Aku melontar Ika ke dalam kereta sambil menghempas pintu dengan kuat.
“ You drive me crazy Ika!!! You know what?! I truly and deeply love you, I can’t afford to lose you… and you know Ika, I’ve experienced a lost before, dan I dah rasa peritnya...I tak nak kehilangan lagi!!” nada suaraku terus meninggi…
“ Riz, I tak pernah hilang dari hidup U...Dan tak mungkin akan hilang! Sebenarnya I yang kehilangan...mana perginya Rizlan yang I kenal dulu? U dah berubah Riz, jauh berubah! And for your info, cinta I pada U still seperti dulu!” suara Ika bergetar seiring dengan deraian mutiara indah di pipinya yang gebu.
“ Where’s the prove Ika? Haziq is back! And he’s searching for your love!” aku sudah mula tidak dapat mengawal perasaan. Pedal minyak ku tekan sekuat hati. Meter kelajuan sudah di tahap maksimum.
“He got engaged last week!”
Aku terpana mendengar bait-bait yang laju dimuntahkan dari celah bibir Ika. Stereng Honda Civic berwarna hitam mengkilap terlepas dari genggamanku. Aku mula hilang kendali. Sejurus, suatu cahaya yang amat menyilaukan dari arah bertentangan membuatkan aku terpempan.
“Riz, watch out!!!”
Jeritan Ika jelas mengenai gegendang telinga ku. Namun aku sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Untuk mengelak daripada bertembung dengan lori minyak, aku menghalakan kereta ke bahagian kiri. Dengan kelajuan yang maksimum, kereta yang ku pandu terseret sejauh 30 meter sebelum berputar dan akhirnya menghentam tiang lampu. Aku sempat melihat kepala Ika yang berlumuran darah sebelum pandanganku menjadi kabur, gelap dan…
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
“ Hye sweetheart...Happy anniversary!!” suatu suara yang hampir berbisik melewati cuping telinga ku. Suatu kucupan hangat singgah di pipi kananku.
“ Honey! Dah balik ye? Oops..how can I forget ‘bout dis yar? Happy anniversary to U also, sayang…”
Tragedi 2 tahun lalu telah meninggalkan banyak bekas. Mujurlah beg udara keselamatan berfungsi saat kereta yang kami naiki menerjah tiang lampu. Walaupun kini aku sudah tidak bisa menatap keayuan wajah Ika, namun hatiku masih mampu melihat betapa murninya kasih, dalamnya sayang Ika Mufida buatku. Dan maafkan aku sayang kerna pernah meragui ketulusan cintamu.
......................................SETEL............................................
2 comments:
awesome! klu ending dia ade yg mati, mmg menjerit aku tadi hihi...
good one!
hahahah~kne pelbagaikan cite...asek mati2 ajew...lagipun Riz tu da bute, cian la...huuu
Post a Comment