Tuesday, November 25, 2008

bangsa ini...

"Nas, ko free tak nanti jam 3? Temankan aku cari makan boleh? Aku tak lunch lagi..."
Segera ku tekan SEND ke no telefon bimbit Nas.
"K..."...Nas menjawab ringkas pertanyaanku. Seusai membacanya, aku kembali menghadap buku.
Aku masih di sini. Duduk di atas bangku kayu. Mata ku silih berganti pandangan. Sekejap ke layar di hadapan, dan sebentar nanti ku lemparkan pandanganku pada buku nota yang masih kosong tidak berisi. Jari-jemari ku memegang pen bertinta biru sambil mencoret sesuatu. Dosen masih terus menjelaskan kepada anak didiknya mengenai tajuk Glomerulonefritis. Fikiran ku terawang2. Jasad ku masih di sini, namun fikiranku sudah entah ke mana. Aku hanya menadah telinga, tanpa ada suatu pun ilmu yang ku sematkan di dalam memori. Aku bosan.
"Nah, kalo gak ada apa2 pertanyaan, kuliah kita sampe di sini aja ya..."
kata2 yg dilemparkan oleh dosen itu disambut keriangan oleh mahasiswa yg memenuhi dewan kuliah. Aku tidak terkecuali. Lantas, aku bergegas pulang setelah dosen melangkah keluar meninggalkan kelas. Segera ku mempercepatkan langkah ditemani pancaran sang suria yg megah menuju ke rumah. Aku singgah di bilik Nas sebelum kami bersiap sedia untuk meneruskan misi kami mencari molen yg telah tertunda sejak sekian lama.
Aku menghidupkan enjin skuter ku. Ku halakan perjalanan kami menuju ke pintu 4, tempat untuk mencari molen yg enak. Sebelum ini, kami telah diberitahu oleh teman2 bahawa terdapat sebuah kios yg menjual gorengan di situ. Semalam kami sudah ke sana. Tapi mgkn kerana kami memulakan langkah dengan kaki kiri dan tanpa membaca Bismillah, nasib kami kurang baek. Molen telah habis di jual. Jd, hr ini kami memulakan perjalanan dgn penuh pengharapan. Gembira bukan kepalang tatkala ku lihat molen berada di suatu sudut tempat jualan tersebut. Kelegaan di hati kami tidak dapat diungkapkan dengan kata2 lagi. Lalu kami membeli kesemua molen yg tinggal, memenuhi nafsu makan kami yg kian memuncak.
Misi kami masih belum selesai. Perutku masih meminta2 untuk diisi dgn nasi. Lantas, kami menuju ke gerai Qk5 untuk memenuhi impianku makan nasi uduk. Kami sampai di sana setelah menunggang skuter kira2 3 minit. Aku lantas memesan nasi uduk dan tebs, serta 1 botol sosro utk Nas. Sementara menanti hidangan, kami mula memakan molen dan berbicara. Namun, kami sudah tidak punya gosip lagi kerana baru semalam kami berborak dan lepak bersama2 dr ptg hingga ke malam.
Tatkala kami sedang enak mengunyah molen, datang seorang anak kecil ke meja kami. Dari bentuk fizikalnya, aku membuat andaian kanak2 ini baru berusia dalam lingkungan 8 tahun. Wajahnya comot. Tangan serta kakinya penuh debu. Baju birunya lusuh. Celananya koyak. Tas kecil yg disandangnya sudah kusam. Dengan mimik muka yg penuh kasihan, dia meminta agar diberikan sebiji molen buat mengisi perutnya.
"lapar ya? Kau mau makan? Nah, ambil molen ni..." Nas memberikan molen. Anak kecil itu menyambut dengan sekuntum senyuman lantas berlalu pergi...
"Kesian na kt budak tu. Aku lg sggup bg makanan drpd bagi duit...Klu dia mai lagi, aku nk belikan dia makanan. Klu tak ckup duit, aku pnjam duit hang na..." hasrat yg diutarakan oleh Nas ku balas dengan anggukan. Kemudian, aku menyambung kembali menyuap nasi yg terhenti buat seketika tadi.
" Eh Nas, budak tu dtg lagi la...tu, dia dah menghala ke sini..." ujarku tatkala mataku menangkap kelibat anak kecil berbaju biru tadi.
"Biaq dia mai sini...nnt aku blikan dia makanan..."
"Dik, kau lapar ya? Kau mahu makan? " Nas mengajukan soalan kepada anak kecil tadi sejurus dia menghampiri kami. Pertanyaan Nas dibalasi oleh anggukan yg lemah oleh anak itu.
"Kau duduk di sini ya..aku belikan kau makan..."
"Aku mau chicken steak..." anak itu berbicara. Aku mula membulatkan mata.
"Gak ah, kau makan aja ya apa yg aku belikan. Nasi goreng ya sama air putih." ujar Nas.
"Nasi goreng spesial aku sudah bosan. Aku mau mi ayam. 7ribu. Aku mau air mineral..." anak kecil itu membalas.
Aku dan Nas berbalas pandangan. Kami terkedu. Aku hanya mengangkat kening. Jelas terpancar tanda kekesalan di wajah Nas. Kami meneruskan makan tanpa menghiraukan lagi anak kecil itu...

4 comments:

amy emyla said...

moral of d story.....xyah kesian...over lak aihh dak kicik tue..huh~~~ xbersyukur !!

Anonymous said...

sian2...
pndi gak bdk 2 demand ea..
seb baik xmnta mcd... hahaha

WonderMama said...

anje, akak link blog awak. feel free to visit mine ;)

anjeradzi said...

to emi:
hurm tu a sal...gle tak sangke la dy nak demand cmtu...ingt kan mmg ta ckop mkn...siap boley ckp da busan tu...tak bley blah!

to Burn:
hohoho yg mntk McD tu ade sowg aje manusie...itu tuh...haha

to Kak Ain:
Helo Kak Ain deawie! mishing u so much! thx 4 da visit! hehe